- Kemajuan yang telah dicapai oleh masyarakat pada masa kini telah memberi kesan kepada penggunaan ICT termasuklah budaya kerja organisasi di dalam Kementerian Pertahanan. Sejajar dengan itu, semua warga Kementerian Pertahanan perlulah lebih peka terhadap isu keselamatan ICT yang merangkumi perlindungan semua bentuk maklumat elektronik yang bertujuan bagi menjamin kerahsiaan, integrity, kesahihan dan kebolehansediaan kepada semua pengguna yang dibenarkan.
- Data/maklumat adalah merupakan hasil terakhir sesuatu system pengkomputeran dan dengan itu ianya amat penting dan bernilai bagi sesebuah organisasi. Kehilangan atau kemusnahan data/maklumat yang disimpan di dalam komputer sering berlaku disebabkan oleh kejadian-kejadian seperti kebakaran, pengkhianatan, kecuaian dan kecurian. Bagi mengatasi masalah ini, kawalan ke atas capaian data/maklumat dan keselamatan fizikal perlu diperketatkan. Disamping itu data/maklumat yang penting perlu dibuat salinan yang secukupnya dan disimpan secara berasingan. Data/maklumat yang dicuri melalui talian komunikasi data dapat dicegah dengan teknik yang lebih rumit misalnya dengan menggunakan kaedah penyulitan
- Keselamatan : Daripada perspektif ICT, keselamatan merujuk kepada perlindungan sumber ICT daripada diceroboh oleh mereka yang tidak dibenarkan atau kesilapan yang tidak disengajakan.
- Server : Merujuk kepada komputer yang berkeupayaan tinggi yang berfungsi sebagai pelayan perkhidmatan dalam sesuatu rangkaian.
- Perisian Sistem : Merujuk kepada system pengoperasian seperti Windows 95/98 bagi komputer Mikro dan NetWare/ Windows NT pada Server.
- Perisian Aplikasi :Merujuk kepada pakej yang selalu digunakan seperti spreadsheet dan word processing, juga aplikasi yang dibangunkan bagi tujuan tertentu.
- Virus :Virus adalah subjektif program komputer yang boleh mengakibatkan fail dalam komputer mengalami kerosakan atau terhapus atau mungkin menukar tingkahlaku operasi komputer.
- Rahsia Besar :Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia.
- Rahsia :Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan Negara, menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan dan martabat Malaysia atau member keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing.
- Sulit :Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak merbahayakan keselamatan Negara tetapi memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan atau akan menyebabkan keadaan memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau kesusahan kepada pentadbiran atau akan menguntungkan sesebuah kuasa asing.
- Terhad : Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selaian daripada yang diperingkatkan Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi berkehendakan juga diberi satu tahap perlindungan keselamatan.
- Kerahsiaan :Data/Maklumat tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya atau dibiarkan dicapai tanpa kebenaran.
- Integriti :Data/Maklumat hendaklah tepat, lengkap dan hanya boleh diubah dengan cara yang dibenarkan.
- Kebolehsediaan :Data/Maklumat dan system maklumat hendaklah boleh diakses dan digunakan bila dan apabila diperlukan mengikut fungsi
No comments:
Post a Comment