Monday, 21 May 2012

PEMATUHAN KESELAMATAN ICT

Objektif


-Meningkatkan tahap keselamatan ICT bagi mengelakkan dari pelanggaran kepada Dasar Keselamatan ICT MinDef, undang-undang jenayah dan sivil, peraturan atau ikatan kontrak dan sebarang keperluam keselamatan yang lain.

Pematuhan Dasar

-Setiap pengguna MinDef hendaklah membaca, memahami dan mematuhi Dasar Keselamatan ICT, undang-undang atau peraturan-peraturan lain yang berkaitan dan berkuatkuasa; dan

-Semua aset ICT MinDef termasuklah maklumat yang disimpan di dalamnya adalah milik Kementerian Pertahanan dan Ketua/Bahagian dan Perkhidmatan ATM berhak memantau aktiviti pengguna untuk mengesan penggunaan selain dari tujuan yang telah ditetapkan.

Perlanggaran Perundangan


-Mengambil tindakan tatatertib ke atas sesiapa yang terlibat di dalam semua perbuatan kecuaian, kelalaian dan perlanggaran keselamatan yang membahayakan perkara-perkara terperingkat di bawah Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) 1986

Pematuhan kepada Dasar, Piawaian dan Teknikal Keselamatan

- Dasar ini bertujuan memastikan keselamatan maklumat disemak secara berkala supaya patuh dan selaras dengan dasar dan piawaian keselamatan MinDef.

Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut :-

- Pegawai penyelia hendaklah memastikan bahawa semua peraturan keselamatan dikawal selia masing-masing dipatuhi selaras dengan perundangan, peraturan dan lain-lain keperluan keselamatan; dan

- Sistem maklumat hendaklah disemak dan diuji secara berkala untuk mematuhi pelaksanaan piawaian keselamatan yang ditetapkan.


No comments:

Post a Comment