Kementerian Pertahanan (MinDef) telah mengadakan Majlis Pelancaran Minggu ICT 2012 yang bertemakan " Keselamatan ICT Tanggungjawab Bersama" bertempat di Auditorium dan Foyer Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak pada 21 Mei 2012 sehingga 23 Mei 2012. Majlis ini diserikan dengan ketibaan para Tetamu Jemputan, Pegawai-Pegawai Kanan Awam dan Tentera, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausa serta YBhg Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan. Majlis dimulai dengan nyanyian Lagu Negaraku serta bacaan Doa. Selesai sahaja bacaan doa, majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian Minggu ICT MinDef 2012 serta Pelancaran Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) MinDef 2011-2015 oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad, Kutua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena Minggu ICT MinDef 2012 antaranya :-
Pertandingan Membina Blog yang berlangsung di Bilik Latihan 1
Pertandingan Pemasangan PC yang berlangsung di Foyer Wisma Pertahanan
Pertandingan Kuiz ICT yang berlangsung di Foyer Wisma Pertahanan
Pertandingan Meneka Bilangan Skru Di Dalam Botol Anjuran Booth Klinik BPM
Selain itu, terdapat juga booth-booth yang
turut serta memeriahkan Majlis Pelancaran Minggu ICT ini antaranya
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Telekom Malaysia Berhad, CyberSecurity Malaysia, LENOVO Malaysia Sdn Bhd, Highbase Resources, DataAlliance Sdn Bhd, Panda Security Malaysia, CELCOM, Malaysia Public Sector Open Source Competency, IBM Malaysia Sdn Bhd, Jardine One Solution, Jabatan Pendaftaran Negara, Jaring Communicatios Sdn Bhd,CISCO, Mavisco (M) Sdn Bhd, SAPURA Secured Technologies,
Hewlett-Packard (M) Sdn Bhd, Malaysia Airports Technologies Sdn Bhd,MAXIS, Jabatan Latihan Khidmat Negara, Angkatan Tentera Malaysia,
Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara DiRaja Malaysia, Klinik
ICT BPM (MinDef) dan juga Bahagian Pengurusan Maklumat (MinDef).
Kementerian Pertahanan juga telah menjemput beberapa orang penceramah antaranya En. Ir. Md. Shah Nuri bin Md. Zain dari Majlis Keselamatan Negara (taklimat mengenai Polisi Keselamatan Siber Kebangsaan (CNII) ), Mr. Clement Arul dari EC Council (taklimat mengenai Keselamatan Siber dan Langkah Menangani Ancaman Penggodam Siber), En Nik Azlan Bin Abas dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan ( CGSO) ( taklimat mengenai Kawalan Rahsia Kerajaan Melalui Keselamatan Dokumen), Lt. Kol. (B) Prof. Dato' Husin Bin Jazri dari Cyber Security Malaysia (taklimat mengenai Ancaman IT Peringkat Global), En Moh Nawawi Bin Mustafa dari MAMPU (taklimat mengenai Peranan MAMPU Dalam Pengurusan Keselamatan ICT Sektor Awam), En. Poo Ching Loong dari Microsoft ( taklimat mengenai Selamatkah Telefon & Komputer Anda), En. Lau Kai Jern dari Panda Security ( taklimat mengenai Adakah Anda Dilindungi Dari Ancaman Virus) serta ACP Mohd Kamarudin bin Md Din dari PDRM (taklimat mengenai penipuan Atas Talian & Jenayah Siber).
Berikut adalah pandangan di ruang legar Foyer Wisma Pertahanan sempena Minggu ICT MinDef 2012 :-
|
No comments:
Post a Comment